POHON ANTI SERANGGA ALAMI
NATURAL ORGANIC INSECTICIDE TREE
Nama sains: Azadirachta indica Syn. Melia Azadiracta, Antelaea azadirachta, Melia indica
Nama biasa: Mambu, neem, nim, margosa, sadu, sadao, dao, repe, imba, mamba, mimba intaran, bak beum (Aceh)
Famili: Meliaceae (satu keluarga dengan pokok Mahogani/ Swietenia mahagoni dan Sentang/Azadirachta excelsea)
Negara asal: Malaysia, Aceh (Indonesia), India, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka, and Pakistan
Ketinggian pokok: 15-20 meter
Buah
- Sangat beracun
Fakta mengenai pokok ini
- Pokok ini cepat membesar
- Hidup di Negara beriklim Tropika dan separa tropika
- Namanya di Afrika (Swahili) bermakna ‘pokok 40’ ianya dikatakan boleh menyembuhkan 40 jenis penyakit.
- Di India, pokok ini dikenali dengan bermacam macam nama seperti,’Pokok sakti’, ‘Sembuh segala penyakit’, ‘Kedai ubat alam’,’ Ubat untuk segala penyakit’ dll.
- Pokok ini tahan kemarau dan boleh hidup ditempat yang kurang air/ kering atau tanah berpasir.
- Di India ranting pokok ini dikunyah untuk bersihkan gigi.
- Di Senegal pokok ini telah digunakan sebagai ubat malaria dengan berkesan
- Di kepulauan Pacifik daun mambu/neem dibuang ke laut, katanya ikan suka bertelur pada daun pokok ini.
- Orang orang India tahu macam mana untuk mengatasi racun pokok ini.
Kegunaan sebagai makanan
- Bunga di masukkan kedalam masakan kari
- Di India, bunga pokok mambu/neem dan gula merah dibuat gula gula.
- Pucuk muda dan bunga pokok ini dijadikan sayur di India., Vietnam dan Myammar
Khasiat perubatan
- Daun , buah,, bunga dan kulit pokok digunakan untuk perubatan
- Daun mambu dan halia untuk ubat cacing/vermifuge (Anthelmintic)
- Atikulat(antifungal),
- Ubat kencing manis (antidiabetic)
- Anti-kuman/bacteria ( antibacterial)
- Anti –virus ( antiviral),
- Anti kesuburan /membunuh mani (anti-fertility,)
- Ubat tahan sakit (Sedative)
- Digunakan didalam perubatan ‘Ayurvedic’ untuk penyakit kulit.
- Ubat jerawat (acne treatment)
- Pesakit cacar atau campak (smallpox /measles) tidur diatas daun mambu/neem.
- Turunkan suhu badan (Febrifuge/antipyretics)Di India akar pokok ini digunakan untuk ubati demam panas.
- Ubat sakit ‘scabies”
- Astringent
- Daun untuk ubati kudis
- Mengikut dos yang betul daun mambu/neem diberi kepada haiwan ternakan untuk ketahanan melawan penyakit. (Increase immunity)
Kegunaan dalam industri sabun dan wangian
- Minyak mambu/neem untuk perbuatan sabun, shampoo, krim, dll.
- Minyak mambu/neem membuat kulit bergetah (elastic)
Anti serangga/ racun serangga organik (Organic Pest control)
- Minyak mambu/neem menghidar dari gigitan nyamuk
- Boleh menghindar/membunuh lebih dari 500 jenis serangga,Nkutu, nematodes, ianya akan menghindai serangga, kalau serangga memakan racun serangga dari mamu/neem ianya tidak membunuh serangga itu sebaliknya akan merusakkan generasi(kepompong) serangga itu.
- Berbanding dengan racun kimia, mambu/neem neem selamat dan tidak memudaratkan untuk jangka masa panjang kepada manusia dan haiwan
- Daun digunakan untuk hapuskan kutu rambut.manusia, kucing dan anjing.
- Asap dari pembakaran daun mambu pun boleh membunuh seragga
- Untuk membuat racun serangga anda cuma perlu ‘blend ‘ daun mambu/neem dengan cili api dan bawang putih. Tidak seperti racun kimia, ramuan ini anda boleh pegang dengan tangan (jangan diminum).
Kegunaan sebagai baja:
- Daun pokok ini kaya dengan ‘potash’ dan’phophorus’ dan boleh dibuat baja.
Kegunaan landskap
- Pokok teduhan/ teduhan yang luas
- Tempat kurang hujan
- Pokok tepi jalan (roadside planting)
- Tanah berpasir
- Tepi laut
Kandungan kimia
1. Nimbin (dari minyak)
2. Nimbidin(dari minyak)
3. Nimbinin(dari minyak)
4. Azadirachtin(/dari biji)
AMARAN
Boleh dikatakan kebanyakkan bahagian pokok mambu/neem adalah beracun ; rujuk kepada pakar perubatan tradisional sebelum mengunakannya.
Notes/catitan;-
There are more articles listed at the top right column ,listed on the following headings/terdapat banyak lagi artikel disenarai di ruangan kanan/atas dibawah tajuk berikut:-
• Tips on landscape.
• Tips on herbal plants,
• Tips on agriculture
• General tips .
Rujukan
Wikipedia
I.H.Burkill- A Dictionary of the Economic products of the Peninsula Malaysia
Ir. Agus Kardinan-Pestisida Nabati, ramuan & aplikasi
http://agrobiosolution.blogspot.com
Comments